Wednesday 20 May 2015

MARI BELAJAR MENGIRA DALAM BAHASA DUSUN

Kiraan Satu hingga Sepuluh dalam Bahasa Dusun

1 – Iso
2 – Duo
3 – Tolu
4 – Apat
5 – Limo
6 – Onom
7 – Turu
8 – Walu
9 – Siam
10 - Hopod

Bersambung....

SAYA DAH KENA....

Saya mo minta pendapat ba ni..

Siapa – siapa pun boleh kasi pendapat.. Lama sudah mo tanya tapi tiada masa yang sesuai...

Mungkin dalam ramai – ramai sini tau kali.. Nda apa la.. Cuma mau bincang..

Supaya saya tau jawapan dia di sini.. Banyak sudah orang saya tanya tapi diurang tida dapat jawap.. Takut juga mo tanya.. saya takut kamu salah faham.. kadang saya tanya, ada yang cakap main – main pula.. tapi hari ini sya mau tanya juga.. Sebab kamu ja sya percaya.. harap kamu jawab yang sebetulnya.. jujur arr.. sya tidak mau gara – gara saya tanya ni ada yang begaduh..

Begini ba..

Itu HARIMAU yang di Maybank itu jantan  kha betina?????



Hahahaha…

SAYA SUKA LAWAK INI.. HEHEHE

Ok, dah kena!

Seorang ibu mahu mengundur kereta, seperti biasa dia cakap dengan anaknya. Anak dia ini baru berumur 8 tahun. Dia cakap “Mak nak undur kereta, kalau kena cakap ye!”
“Ok!” kata anak dia.
Si ibu pun undur keretanya.
“Lagi mak undur lagi” kata anak dia.
“Lagi lagi” kata anak dia.
Si ibu pun undur lagi, tiba-tiba “DAMM” kereta yg dia undur tu terlanggar
pokok kat belakang.
Anak dia pun menjerit” OK! Mak, dah kena!”

LAYAN SAJA LA...

Anda Tahu Siapa Aku?

Seorang lelaki sedang asyik memancing di sebuah kolam. Seseorang mendekatinya.”Banyak dapat ikan, kawan?” tanya orang itu.
“Wah, luarbiasa sekali! Semalam saja aku mendapat 30 ekor ikan yang besar-besar.”
“Hm, anda tau siapa aku?” “Tidak,” jawabnya.
“Aku pemilik kolam ini.”
“Dan anda tau siapa aku?” tanya lelaki itu cepat-cepat.
“Tidak.”
“Aku pembohong besar di kota ini.”

Sumber: Cerita Lawak Pendek Yang Super Kelakar - Fuh.My 

SEMENTARA BORING - BORING NI.. JOM KITA BERHIBUR DULU... LAYAN..

 Kisah sang Drakula yang menyayat hati

Pada satu hari, Dracula dibunuh dan dia telah dibawa berjumpa ahli sihir.

Ahli sihir enggan membenarkan Drakula masuk ke dalam gengnya kerana dosa2 nya membunuh dan menghisap darah manusia.
Saya akan beri kamu satu lagi peluang untuk menebus semua dosa yg telah kamu lakukan" kata ahli sihir. "Saya akan hantar kamu balik ke bumi, TETAPI kamu tidak akan berupa manusia. Kamu hanya akan dijelma ke "benda" bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih..?", tanya ahli sihir.

Okay.. saya nak menjadi
 BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH, heh...heh...heh...". Ahli sihir pun bersetuju dan menukar drakula menjadi KELAWAR PONTIANAK. Ke bumi dracula pergi, terbang ke sana sini sehingga suatu hari dia dibunuh oleh seorang pekebun.

Sekali lagi dia dibawa menghadap ahli sihir. "Saya akan memberi satu lagi peluang" kata ahli sihir. "Saya akan hantarkan kamu balik ke bumi, tetapi bukan sebagai manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan kamu?". Dengan sipu2 Dracula ini menjawab "Saya nak jadi jugak
BENDA HIDUP YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!". Ahli sihir fikir sekejap dan kata "Kalau itu yg awak mahu" dan menukarkan Dracula menjadi NYAMUK.

Ke bumi Dracula pergi, terbang ke sana sini menghisap darah haiwan sehingga suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya. Dracula terasa bodoh sangat bila berhadapan ngan ahli sihir buat kali ke-3. "Saya akan memberi awak peluang terakhir untuk bertaubat" kata ahli sihir "Tetapi KALI INI kamu hanya dapat menjadi
 BENDA YANG TIDAK BERNYAWA. So, apa dia kali ini?" Tanya ahli sihir.

Dracula yg masih degil ini menjawab, "ok, ok.. tolong tukarkan saya kepada
 BENDA TAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN HISAP DARAH...heh.. heh.. heh..".
"No problem" kata ahli sihir dan terus menukar Dracula menjadi Tuala Wanita WING MAXI PAD....

Thursday 14 May 2015

Mutiara kata

Aku bukanlah orang yang hebat, tapi aku mau belajar dari orang - orang yang hebat.
Aku adalah orang biasa tapi aku ingin menjadi orang yang luar biasa.
Dan aku bukanlah orang yang istimewa, tapi aku ingin membuat seseorang menjadi istimewa.



Sumber daripada katamutiarabijakcinta.com